1)
SUSUR GALUR KELUARGA DATO’ MEOR ABDUL RAHMAN
·
Mahaguru
Silat Seni Gayong ialah Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd
Hashim. Beliau ialah seorang yang berketurunan Raja Bugis dan Arab daripada susur
galur Al-Attas.
·
Moyang
beliau yang terkenal berhijrah ke Tanah Melayu ialah Tengku Daeng Kuning. Daeng
Kuning merupakan seorang pahlawan terkenal yang digelar sebagai Panglima Hitam.
Daeng Kuning dikatakan mewarisi ilmu kependekaran daripada nenek moyangnya yang
juga seorang pendekar dan dikenali sebagai Pahlawan Gayong.
·
Pahlawan
Gayong ialah seorang pendekar terbilang yang menguasai ilmu persilatan secara
zahir dan kebatinan. Beliau amat tersohor di Kepulauan Melayu dan digeruni oleh
lawannya. Ada sumber yang mengatakan bahawa Dato’ Laksamana Hang Tuah adalah
pewaris amanah ilmu Pahlawan Gayong. Seterusnya ilmu tersebut diturunkan kepada
Dato’ Meor Abdul Rahman sebagai waris zuriat Pahlawan Gayong.
·
Daeng
Kuning berhijrah dari Sulawesi ke Tanah Melayu selepas 1800 masihi.
Penghijrahan tersebut ditemani oleh saudara-mara beliau yang terdiri daripada
Daeng Merewah,Daeng Celak,Daeng Parani,Daeng Pelangi,Daeng Mempawah dan Daeng
Jalak. Mereka tujuh bersaudara berlayar ke Tanah Melayu untuk membina kehidupan
baru dan menyatupadukan pahlawan-pahlawan Melayu.
·
Penghijrahan
bangsa Bugis ke Tanah Melayu dipercayai bermula dari tahun 1667 masihi apabila
Makasar,Sulawesi jatuh ke tangan Belanda. Pahlawan Bugis yang terkenal di
gugusan Melayu pada ketika itu ialah Daeng Rilaka dan lima orang putera beliau
bernama Daeng Parani,Daeng Merewah,Daeng Menambun,Daeng Celak dan Daeng Kemasi.
·
Penghijrahan
Daeng Kuning tujuh bersaudara ini berkemungkinan besar susulan daripada dasar
campur tangan Kerajaan Belanda yang semakin berleluasa di Kepulauan Sulawesi.
Ada sumber yang mengatakan bahawa Daeng Kuning adalah zuriat keturunan Daeng
Merewah bin Daeng Rilaka. Dua buah rombongan ini sudah pasti terdiri daripada
orang yang berlainan walaupun ada persamaan pada sesetengah nama. Ini
berdasarkan perbezaan masa yang agak ketara. Walau bagaimanapun,kaitan
kekeluargaan antara satu sama lain tidak dinafikan.
·
Penghijrahan
mereka itu tadi bukanlah bermaksud lari daripada medan peperangan,ia sebenarnya
satu cara untuk menyusun strategi balas. Matlmat mereka ialah untuk
mengumpulkan para pahlawan Melayu bagi menentang kuasa-kuasa asing yang
menjajah negeri-negeri di Nusantara.
·
Daeng
Kuning dan saudaranya telah mempelopori gerakan gerila untuk melumpuhkan
pentadbiran penjajah di negeri-negeri Melayu. Walaupun ramai pahlawan Bugis
terlibat secara langsung dengan kancah politik negeri-negeri Melayu seperti di
Sumatera,Jawa,Semenanjung Tanah Melayu,Temasik dan Kepulauan Riau,namun mereka
tidak bersatu-padu. Malahan,ada di antara mereka yang menjadi askar upahan
kuasa-kuasa asing dan berperang antara sendiri.
·
Oleh
sebab itulah ketika berlayar di tengah lautan,Daeng Kuning telah mengingatkan
kembali matlamat penghijrahan mereka. Pesanan tersebut disampaikan melalui
bentuk pantun kepada saudara-mara beliau yang berbunyi ;
Pecah Gayong di
dalam dulang,
Dulang hanyut
di lautan Tujuh,
Perpecahan
Gayong perpecahan sayang,
Suatu masa dan
ketika kembali berteguh.
·
Dalam
tahun 1813 masihi,Daeng Kuning tujuh bersaudara telah mendarat di Kuala
Larut,Perak sebelum pemerintahan Sultan Abdullah. Buat sementara waktu mereka
bermastautin di suatu tempat yang mereka namakan sebagai Pengkalan Alur atau
Relur Tujuh. Kini tempat tersebut dipanggil Kampung Ayer Kuning,terletak di
Taiping,Perak.
·
Hanya
Daeng Kuning menetap di Pengkalan Alur dan bertapa buat beberapa ketika di
dalam sebuah gua di Bukit Larut. Manakala saudara Daeng Kuning yang lain
bergerak menuju ke Pahang,Terengganu,Johor,Selangor,Melaka dan Kedah. Ada yang
terus menetap di negeri singgahan mereka namun ada antaranya yang meneruskan
perjalanan berikutnya ke Kepulauan Melayu lain. Daeng Kuning telah mendirikan
rumahtangga dengan seorang puteri raja Patani. Perkahwinan tersebut
menghasilkan seorang cahaya mata lelaki yang dinamakan Che Ngah Tambah.
·
Daeng
Kuning digelar oleh penduduk tempatan sebagai Tok Hitam Dam. Gelaran tersebut
cukup terkenal hinggakan sebatang jalan di Kampung Pokok Assam dinamakan Jalan
Tok Hitam Dam. Daeng Kuning mangkat di Taiping,Perak dalam tahun 1875 masihi.
Makam beliau terletak di Kampung Tupai,berdekatan Jalan Pokok Assam di Taiping.
Ia telah diwartakan sebagai bahan sejarah dan kini terletak di bawah jagaan
Muzium Negara menurut Akta Benda Purba,1976.
·
Anak
tunggal Daeng Kuning,Che Ngah Tambah juga memiliki ilmu yang tinggi dan sifat
kepimpinan yang unggul. Beliau merupakan tokoh yang membuka Daerah Larut-Matang
dan dilantik menjadi seorang Penghulu Besar bagi daerah tersebut.
·
Atas
kewibawaan beliau,Che Ngah Tambah dilantik oleh Sultan Perak sebagai salah
seorang daripada Orang Besar Enam Belas Negeri. Che Ngah Tambah menetap di
Kampung Ayer Kuning dan mempunyai empat orang isteri.
·
Che
Ngah Tambah merupakan seorang pembesar yang pemurah dan amat disegani.
Tanah-tanah dalam bidang kuasanya diagih-agihkan kepada penduduk tempatan atau
sesiapa sahaja yang layak untuk mengusahakan atau dibuat penempatan.
·
Pemimpin-pemimpin
Cina yang menjalankan aktiviti perlombongan di dalam daerahnya juga amat
menghormati beliau. Anak Che Ngah Tambah yang bernama Alang Abdul Rahman telah
dikahwainkan dengan salah seorang anak pemimpin Cina. Pemimpin Cina berkenaan
menawarkan anak beliau sebagai tanda persahabatan dan hormat atas kepimpinan
Che Ngah Tambah.
·
Hasil
perkongsian hidup Che Ngah Tambah dengan salah seorang isteri beliau,Allah
S.W.T telah mengurniakan lima orang cahaya mata. Anak-anak mereka terdiri
daripada Long Khadijah,Mariah,Uda Mohd Hashim,Aminah dan Mariam. Anak-anak Che
Ngah Tambah dengan isteri-isteri yang lain setakat diketahui ialah Alang Abdul
Rahman,Putih Mohd Salleh dan Sareah. Che Ngah Tambah telah dimakamkan di
perkarangan Masjid Taiping (lama) dan nama beliau juga diabadikan pada sebatang
jalan di Pokok Assam,Taiping.
·
Uda
Mohd Hashim merupakan ayahanda kepada Dato’ Meor Abdul Rahman. Uda Mohd Hashim
ialah seorang arkitek yang terkenal di Taiping. Beliau telah berkahwin dengan
seorang janda berketurunan Arab bernama Sharifah Aluyah binti Syed Zainal
al-Attas. Sharifah Aluyah sebelum berkahwin dengan Uda Mohd Hashim telah mempunyai
tiga orang anak bernama Alin,Puteh dan Hendun.
·
Syed
Zainal bin Syed Idris al-Attas berasal dari Pahang manakala isterinya ialah
orang tempatan Parit,Perak. Syed Zainal pernah dilantik sebagai seorang
penghulu di Pekan,Pahang. Beliau juga dikenali sebagai Dato’ Jenal. Beliau
ialah salah seorang pembesar Pahang yang menentang penjajahan British
bersama-sama dengan Dato’ Mat Kilau dan Dato’ Bahaman.
·
Sebaik
sahaja Uda Mohd Hashim berkahwin dengan Sharifah Aluyah,mereka telah berpindah
ke Lake Garden (Taman Tasek),Taiping. Uda Mohd Hashim dan Sharifah Aluyah telah
dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Meor Abdul Aziz,Meor Abdul Rahman dan
Siti Sa’adiah.
·
Selain
menjalankan tugas seharian sebagai seorang arkitek,Uda Mohd Hashim juga adalah
salah seorang Ahli Majlis Daerah Taiping. Kebanyakan reka bentuk rumah dan
bangunan terutamanya di Kampung Pokok Assam dan Bandar Taiping adalah hasil
kreativiti beliau. Sebagai Ahli Majlis Daerah,beliau berperanan merancang dan
memajukan Daerah Taiping. Ini membuatkan beliau dikenali ramai dan dihormati.
·
Latar
belakang keluarga yang begitu kuat dan berpengaruh sedikit sebanyak telah
membentuk peribadi Meor Abdul Rahman sebagai seorang pahlawan dan pemimpin
unggul seni silat abad ke-20.
·
Meor
Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim dilahirkan pada 17 Ogos 1918 di Kampung
Lake Garden,Taiping,Perak.
·
Apabila
meningkat remaja,keluarga Meor Abdul Rahman telah berpindah ke Kampung Pokok
Assam,Taiping. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Taiping dan
bersekolah menengah di Sekolah King Edwards VII,Taiping seterusnya di
Government Trade School di Ipoh sehingga tahun 1935.
2)
PENDIDIKAN SILAT
·
Dato’
Meor Abdul Rahman menuntut ilmu persilatan dengan Syed Zainal bin Syed Idris
al-Attas ketika berusia lebih kurang 12 tahun. Sejak kecil beliau sering
mendengar kisah pahlawan dan sejarah perjuangan bangsa Melayu dari datuknya.
Selama lebih kurang 2 tahun,Meor Abdul Rahman menjalani latihan intensif setiap
hari siang dan malam.
·
Sejak
di alam persekolahan menengah lagi,Meor Abdul Rahman sering berulang-alik ke
rumah kakaknya,Hendon di Kota Sarang Semut,Kedah. Beliau amat rapat dengan
Hendon dan suaminya,Zainal Abidin yang ketika itu bertugas di Balai Polis Kota
Sarang Semut sebagai inspektor.
·
Setelah
tamat persekolahan dalam tahun 1936,beliau menetap bersama kakaknya,Hendon.
Beliau telah dijodohkan dengan anak angkat kakaknya yang bernama Che Kalsom bt
Kechik. Perkahwinan tersebut dilangsungkan di Kota Sarang Semut.
·
Apabila
abang iparnya,Zainal Abidin dinaikkan pangkat sebagai Penolong Penguasa Polis
serta dilantik sebagai Ketua Polis Daerah di Kuala Nerang,Kedah,Meor Abdul
Rahman telah sama-sama berpindah dan menetap dengan kakaknya di sana.
·
Sepanjang
berada di Kuala Nerang,beliau sering berkongsi hobi memburu burung dan ayam hutan
dengan Pegawai Daerah Kuala Nerang iaitu Tengku Nong,cucunda Sultan Abdul Hamid
Halim Syah.
·
Dato’
Meor Abdul Rahman telah mengadap Paduka Seri Sultan Alang Iskandar yang sedang
bersemayam di Manong,Perak atas nasihat Syed Zainal. Beliau dititah untuk
menunjukkan kekuatan di hadapan baginda sultan.
·
Pada
sebelah malamnya,beliau dititahkan pula mempamerkan kebolehan luar biasanya di
Istana Iskandariah,Bukit Chandan,Kuala Kangsar. Setelah berpuas hati dengan
kegagahan Dato’ Meor Abdul Rahman,baginda sultan menggelarkan beliau ‘Rahman
Sendo’ dan dijadikan anak angkat baginda. Beliau menetap bersama-sama Sultan
Alang Iskandar di istana sehinggalah baginda mangkat dalam tahun 1938.
3)
BERHIJRAH KE SINGAPURA
·
Tidak berapa lama setelah keluar dari istana,beliau
ditemani Bidin bermusafir dengan kereta api ke Singapura untuk mencari rezeki
di sana. Pekerjaan pertama Meor Abdul Rahman di Singapura ialah Naval Base
sebagai tukang pateri.
·
Setelah
6 bulan bekerja di sana,beliau telah ditawar pekerjaan oleh Pengarah Pendidikan
Singapura berkhidmat dengan pasukan tentera British di bahagian Royal Signal
Corps. Pada sebelah malamnya,beliau menambahkan pendapatan dengan bekerja
sebagai seorang mekanik di jabatan yang sama.
·
Setelah
beliau berjaya menewaskan seorang jurulatih tempur berbangsa Hong Kong di Gillman
Barrack,Mejar Malburn telah melantik beliau sebagai jurulatih tempur tanpa
senjata dalam pasukan tentera British. Ia merupakan satu penghormatan kerana
tiada seorang Melayu pun diberi tugas tersebut sebelum itu.
·
Dalam
perjalanan pulang ke Singapura,beliau singgah di Taiping untuk menziarahi
sepupunya,Nuteh binti Alang Ahmad. Beliau telah terpikat dengan anak
Nuteh,Faridah bt Yusof.
·
Tidak
lama selepas itu,beliau telah berkahwin dengan Faridah dan dibawa ke Singapura.
·
Menyewa
bilik di Bushi Park,Prince South Street (berhampiran pawagam Cathay),kemudian
disertai oleh Kalsom bt Hj.Kechik.
·
Perang
Dunia ke-2 meletus di Singapura. Meor Abdul Rahman telah membina kubu bawah
tanah.
4)
SEMASA PENDUDUKAN JEPUN
·
Apabila
Jepun menyerang Singapura pada bulan Februari 1942,beliau telah membawa
keluarganya berperahu menyeberangi laut ke Pulau Sudong. Setelah ctora
menewaskan Wak Kusang,pendekar Pulau Sudong barulah mereka diterima berlindung
buat sementara waktu di sana.
·
Di
Pulau Sudong,Meor Abdul Rahman telah membuka gelanggang Seni Silat Gayong
dengan melatih tujuh orang pemuda terpilih untuk menghadapi kemaraan tentera
Jepun. Atas kebijaksanaan Meor Abdul Rahman,penduduk Pulau Sudong terselamat
dari keganasan tentera Jepun.
·
Semasa
pendudukan Jepun di Tanah Melayu,Meor Abdul Rahman bekerja sebagai seorang
kempeitai.
·
Tidak
berapa lama kemudian,beliau telah berkahwin dengan Sharifah Rehan bt Syed Chik.
Perkahwinan tersebut hanya berkekalan selama sebulan sahaja sebagai memenuhi
hajat keluarga semata-mata.
·
Apabila
Jepun menyerah kalah kepada Tentera Bersekutu dalam tahun 1945,Meor Abdul
Rahman telah kembali semula ke Singapura. Setibanya di Singapura,beliau telah
diundang menjadi penghulu oleh penduduk Pulau Sudong di sana.
·
Meor
Abdul Rahman juga telah menyebarkan Silat Seni Gayong untuk menangani ancaman
lanun di perairan pulau tersebut. Dari pulau ini,Silat Seni Gayong tersebar ke
lain-lain pulau di Indonesia.
·
Tidak
lama selepas itu,kerajaan British telah melantik beliau sebagai penghulu besar
merangkumi kepulauan sekitar Pulau Sudong.
·
Dalam
tahun 1947,kerajaan British telah menawarkan beliau jawatan sebagai pegawai di
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Singapura. Beliau ditugaskan untuk mengawasi
dan menangkap pemimpin politik Melayu yang meniupkan semangat anti-British.
·
Peluang
ini diambil oleh beliau untuk menyalur maklumat sulit kepada pejuang-pejuang
kemerdekaan seperti Sardon bin Jubir,peguam dan tokoh politik terkenal di
Singapura.
·
Setelah
4 bulan di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri,beliau memohon bertukar ke Jabatan
Siasatan Jenayah.
·
Pada
mulanya beliau ditempatkan di Bahagian Merinyu Timbangan untuk mencegah
aktiviti penyeludupan dan penipuan. Kemudian beliau ditukar pula ke Bahagian
Kepolisian di Balai Polis Central,Singapura sebagai seorang pegawai berpangkat
sarjan.
·
Pada
23 Disember 1947,Meor Abdul Rahman telah dianugerahkan pingat King George IV
atas sifat keberanian semasa berbakti kepada masyarakat dan kerajaan Singapura.
5)
PERKEMBANGAN SILAT
·
Pada
tahun 1949,Gayong diperkenalkan kepada rakan-rakan di Jabatan Siasatan Jenayah.
Tujuh orang murid pertama di tanah besar Singapura,antaranya Ahmad Suni,Mansor
Fadal,Sinwan,Jonid Hanim,Salim dan Hosni Ahmad.
·
Bakar
Sampah menjadi pusat latihan Gayong bagi tahun 1950-an.
·
Tahun
1954,barisan wanita pertama yang menyertai Gayong ialah kedua-dua isteri Meor
Abdul Rahman,Aisyah,Rafeah Fadal,Hindun,Intan. Mereka diserahkan di bawah
pengawasan Ustaz Salim dan Said.
·
Jonid
telah dilantik menjadi Wakil Tunggal di Singapura semasa ketiadaan Meor Abdul
Rahman.
·
Tahun
1955,Gayong berkembang di Studio Jalan Ampas. Antara yang menyertainya ialah
Jasni Ahmad,Neng Yatimah,Kasma Booty,A.Rahim dan Nordin Ahmad.
·
Gelanggang
Gayong di Singapura pada tahun 1950-an:
-
Bakar
sampah
-
Jalan
Red Hill
-
Kg.Ubi
-
Sek.Men.Victoria
-
Balestiar
Road
-
Kg.Tentera
British
-
Kg.Melayu
-
Sim
Avenue
·
Tahun
1957,Tengku Kassim,Tengku Laksamana Kedah datang ke Singapura menemui Meor
Abdul Rahman.
·
Rombongan
Silat Seni Gayong seramai 43 orang mengadakan persembahan silat di Sultan Abdul
Hamid Sport Club.
·
Tahun
1959,Dato’ Onn Jaafar bertemu dengan Meor Abdul Rahman dan melamar untuk
menjadi ahli Gayong. Dato’ Onn telah dilantik sebagai Penasihat dan Waris
Beradat Gayong.
·
Meor
Abdul Rahman diundang ke Melaka untuk mengadakan persembahan silat di Bukit
Lintang.
·
Lembaga
Beradat Gayong mula dibentuk dengan perlantikan Orang Besar Empat,Orang Besar
Lapan,Orang Besar Enam Belas,dan Orang Besar Tiga Puluh Dua.
·
Meor
Abdul Rahman bersama Dato’ Onn Jaafar serta rombongan Gayong dari Singapura
telah melawat Kedah.
·
Tahun
1961,Meor Abdul Rahman bersara daripada perkhidmatan kerajaan dan menumpukan
perhatian untuk mengembangkan Gayong,berpusat di kediamannya,di no13A,Lorong
Fatimah,Woodlands,Singapura.
·
9
Disember 1961,Sharifah Aluyah meninggal dunia dan dimakamkan di Ayer Kuning.
·
Tahun
1962,Meor Abdul Rahman melawat Kedah dan membawa guru-guru dari Kedah untuk
mengembangkan Gayong di Negeri Sembilan,Johor,dan Singapura.
·
Beliau
telah mendaftarkan Silat Seni Gayong sebagai sebuah pertubuhan berdaftar. Dato’
Onn telah merangka perlembagaan pertubuhan.
·
Seterusnya
mereka bergerak naik ke Melaka dan membuka gelanggang di Taboh Naning,Alor
Gajah dan Bukit Lintang.
·
Dato’
Meor Abdul Rahman telah melantik Abd Majid Mat Isa menjadi Gurulatih Tertinggi
merangkap Timbalan Pengarah Silat Seni Gayong.
·
Setibanya
Dato’ Meor Abdul Rahman di Perak bersama-sama tujuh orang guru dari
kedah,mereka telah membuka gelanggang di Kampung Ayer Kuning,Kampung Terong,dan
Kampung Lubuk Terong.
·
22
Oktober 1963,pendaftaran Silat Seni Gayong diluluskan dan dikenali sebagai
Pertubuhan Silat Seni Gayong dengan nombor pendaftaran 361.
·
Tahun
1964,Mesyuarat Agung PSSGM pertama di Gurun,Kedah. Dato’ Meor Abdul Rahman
sebagai YDP manakala Meor Abdul Aziz sebagai NYDP.
·
Ibu
pejabat PSSGM berpindah ke Kota Sarang Semut-Dato’ Meor Abdul Rahman turut
berpindah dari Singapura dan menetap di Kedah.
·
Gayong
Perdana yang pertama diadakan di Stadium Darul Aman,Alor Setar dan dirasmikan
oleh Sultan Kedah,Sultan Abdul Hamid Muadzam Syah.
·
18
Februari 1964,Uda Mohd Hashim meninggal dunia dan dimakamkan di Ayer Kuning.
·
Tahun
1965,Perdana Gayong kedua diadakan di Stadium Kubu,Melaka.
·
Tahun
1966,Meor Abdul Aziz meninggal dunia.
·
Tahun
1967,istiadat pertabalan ahli Lembaga Beradat diadakan di Ayer Kuning,Taiping.
·
31
Ogos 1967,sambutan 10 tahun Merdeka-500 orang ahli Gayong telah mengetuai
perbarisan.
·
Tahun
1969,Dato’ Meor Abdul Rahman menetap di Ayer Kuning,Taiping. Dato’ Harun
Hj.Idris diisytihar sebagai Imam Khalifah Selangor.
·
Tahun
1971,Meor Abdul Rahman dikurniakan darjah kebesaran Dato’ Paduka Chura
Simanjakini (DPCM) oleh Sultan Perak,yang telah membawa gelaran Dato’. Dato’
Meor Abdul Rahman telah menggelarkan Sultan Perak,Sultan Idris Syah dengan
gelaran Sang Sapurba Negara.
·
Silat
Seni Gayong diperkenalkan kepada Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja
Malaysia.
6)
MENEWASKAN BRUCE LEE
·
Pada
tahun 1973,Dato’ Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya
yang menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh Dato’ Syed Ahmad
Jamalullail,saudaranya.
·
Dalam
perjalanan pulang ke tanah air,pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar
di lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya,beliau
telah disapa oleh Bruce Lee,pakar Kung Fu dan seni bela diri Jeet Kune Do.
Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa Mahaguru Silat Seni Gayong,Meor Abdul
Rahman telah berada di Hong Kong.
·
Setelah
memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee,si Raja Kung Fu,Bruce Lee telah
mencabar Dato’ Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya. Beliau ingin melihat
sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yang dinamakan
silat itu. Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman menang
dalam pertarungan itu,silat Meor Abdul Rahman adalah yang terbaik,tetapi jika
Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu,Seni Jeet Kune Do ciptaannya
adalah yang terbaik di dunia. Kehebatan Dato’ Meor Abdul Rahman rupa-rupanya
telah sampai ke pengetahuan Bruce Lee.
·
Sebelum
daripada itu,pada tahun 1972,serombongan pakar-pakar Kung Fu Hong Kong telah
datang ke Malaysia untuk mencari tokoh-tokoh seni beladiri yang dapat bertarung
dengan Bruce Lee. Rombongan pakar Kung Fu ini telah berjumpa dengan Dato’ Meor
Abdul Rahman di Taiping. Dalam pertemuan tersebut,mereka telah mencabar Dato’
Meor Abdul Rahman untuk menunjukkan kebolehan beliau. Dato’ Meor Abdul Rahman
telah menangkap serta mengunci kesemua enam orang ahli-ahli Kung Fu tersebut.
Kemudian, Dato’ Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu tersebut bertemu dengan
murid kanannya pula iaitu Cikgu Ahmad bin Lazim.
·
Memandangkan
Bruce Lee masih muda dan mentah, Dato’ Meor Abdul Rahman telah menasihati Bruce
Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencuba beliau. Namun, Bruce Lee tetap
berdegil juga. Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak,maka Dato’ Meor Abdul
Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce Lee tersebut. Untuk
mengelakkan keadaan daripada menjadi gempar, Bruce Lee dan Dato’ Meor Abdul
Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menuju masuk ke dalam bilik tetamu
di lapangan terbang tersebut.
·
Sebaik
sahaja melihat Dato’ Meor Abdul Rahman telah bersedia,Bruce Lee pun dengan
kepantasan serangan kakinya pun mula mengasak. Setelah beberapa serangan berjaya
dielak,akhirnya Dato’ Meor Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak
balas dengan melepaskan satu pukulan tangan(Kipas Senandung) yang tepat
mengenai rusuk Bruce Lee. Pukulan tangan Dato’ Meor Abdul Rahman yang nyata
berbisa telah menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan.
Kerana belas kasihan ke atas Bruce Lee,Dato’ Meor Abdul Rahman pun menawarkan penawar
pukulannya ke atas Bruce Lee menggunakan air yang didoakan dan disapu ke
kawasan sakit tersebut.
·
Setelah
Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato’ Meor Abdul Rahman tersebut,akhirnya
Bruce Lee dengan rendah diri,mengakui kehebatan Dato’ Meor Abdul Rahman dan ilmu
silat yang dimilikinya.
7)
ERA BARU SILAT
·
Tahun
1970-an,usaha penyatuan pemimpin tertinggi Melayu dan kerajaan dalam Silat Seni
Gayong yang dirancang sendiri oleh Dato’ Meor Abdul Rahman. Raja-raja dan para
pembesar Melayu juga telah berkenan untuk menaungi pergerakan Silat Seni Gayong
hampir di seluruh Tanah Melayu dan Brunei.
·
Pada
suatu ketika,hampir 2\3 anggota kabinet negara Malaysia terdiri daripada ahli
Silat Seni Gayong di bawah pimpinan Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri dan
Paduka Imam Khalifah Silat Seni Gayong.
·
Pertubuhan
Silat Seni Gayong Malaysia terbukti menjadi pertubuhan seni bela diri terbesar
dan disegani ramai. Murid Silat Seni Gayong pada tahun 1976 dianggarkan
melebihi 150 000 orang di seluruh negara.
·
Tahun 1974,Balai Adat baru dibina,khas untuk dilangsungkan
upacara adat istiadat pertabalan,penganugerahan tauliah dan bengkung tertinggi.
·
Dato’ Meor Abd.Rahman melawat Sabah,bertemu Tun Datu Mustapha,Ketua
Menteri Sabah.Tun Datu Mustapha telah dilantik sebagai Imam Khalifah Gayong
bagi Negara-negara Islam.
·
Tahun 1975,Tun Abdul Razak ditabalkan sebagai Timbalan Imam
Khalifah Agung Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantau.
·
Tahun 1976,Dato’Meor Abd.Rahman dan isteri pertama,Kalsom
Hj.Kechik melawat Sarawak, bertemu dengan Datuk Patinggi Hj. Abdul Rahman
Yaakub,Ketua Menteri Sarawak.
·
11 Disember 1976,Televisyen BBC London merakamkan upacara Mandi
Minyak di Dewan Belia Kampung Pandan yang dijalankan oleh Dato’ Meor Abdul
Rahman.
·
Julai 1977,Perkhataman keris kali kelima di Teluk Batik,Perak.
·
Ogos 1977,Cikgu Abd.Majid Mat Isa dilucutkan jawatannya sebagai
Gurulatih Tertinggi PSSGM oleh Dato’ Meor Abdul Rahman.
·
April 1978,Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia(PSSPGM)
ditubuhkan dan didaftarkan di Pulau Pinang.
·
Tahun 1985,Dato’ Meor Abdul Rahman melawat ke Brunei kali
pertama. Menghadap Sultan Brunei.
·
Januari 1986,Datin Kalsom Hj. Kechik meninggal dunia.
·
Mac 1986,Dato’ Meor Abdul Rahman melawat Brunei kali kedua.
·
Dato’ Meor Abdul Rahman bersama Tuan Haji Ahmad Nayan bin Saad melawat
London.
·
Tahun 1987,Dato’ Meor Abdul Rahman menghadiri Kejohanan Silat
Sedunia di Kuala Lumpur. Pengakuan ctor terkenal Indonesia,Dicky Zulkarnain
bahawa bukan beliau yang menewaskan Bruce Lee tetapi Dato’ Meor Abd.Rahman.
·
Tahun 1989,Pertabalan ahli Lembaga Beradat Selangor dan
perlantikan Tan Sri Muhammad bin Muhd. Taib sebagai Imam Khalifah Gayong
Selangor.
·
Tahun 1991,Perkhataman keris terakhir yang dijalankan oleh Dato’
Meor Abd.Rahman di Port Dickson,Negeri Sembilan.
·
23 Jun 1991,Dato’ Meor Abdul Rahman meninggal dunia di Ipoh
Specialist Centre. Beliau dimakamkan di tanah perkuburan di perkarangan Masjid
Lama,Taiping.
·
Beliau meninggalkan seorang balu,Datin Faridah Yusof dan
anak-anaknya,Siti Fadhilah,Siti Kalsom,Badek Ruzaman,Sazali,Shahira dan lain-lain.
Daeng adalah identitas asli suku makassar,,, yg dimana pada masa kejayaannya berdiri kerajaan Gowa-Tallo (Makassar),,, Suku Bugis beda dengan Suku Makassar,,, tdk ada darah bugis yang gelarnya Daeng...
ReplyDelete